Memorial ini dirasmikan pada 10 Februari 2006, Memorial ini merupakan sebuah memorial kekal yang mempamerkan bahan-bahan berkaitan dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga. Konsep pameran memorial ini berdasarkan peristiwa mengikutkronologi dari awal termasuk era kepimpinan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri hinggalah ke akhir hayat beliau.
The Memorial was inaugurated on February 10, 2006, the Memorial is a permanent memorial showing materials related to Tun Hussein Onn, the third Malaysian Prime Minister. The concept of the memorial exhibition is based on historical events from the beginning including the era of Tun Hussein Onn's leadership as prime minister to the end of his life.