Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M): 10 000 Hasrat Satu Impian bersama pemilik dan pemohon RMR1M di Sekolah RTB Bukit Changgang, Kuala Langat. Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak . Pada majlis ini YAB Perdana Menteri turun padang dan beramah mesra bersama dengan penduduk di RTB Kg. Bukit Changgang. Perdana Menteri Juga meluangkan masa melawat kediaman dua orang pemohon RMR1M di Kg. Bukit Changgang. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) has organized a 1Malaysia People Friendly Homestay (RMR1M): 10 000 One Dream One with owners and RMR1M applicants at Bukit Changgang RTB School, Kuala Langat. The ceremony was officiated by the Prime Minister, YAB Dato 'Sri Mohd Najib Tun Razak. At this ceremony, Prime Minister YAB went down the ground and mingled with the residents of RTB Kg. Bukit Changgang. Prime Minister Also spent time visiting the two applicants RMR1M in Kg. Bukit Changgang. Also present were Minister of Urban Wellbeing, Housing and Local Government, Tan Sri Noh Omar and Education Minister, Datuk Seri Mahdzir Khalid.