Sebagai mengenang jasa, sumbangan dan pengorbanan beberapa ahli Puspanita Finas khasnya Mantan Pengerusi Puspanita Finas, Ybhg Datin Nor Aswa Omar, jawatankuasa Puspanita Finas menganjurkan Majlis Kenangan Terindah Puspanita Finas 2016 bertemakan “Glamour Bollywood” bagi menzahirkan penghargaan kepada usaha beliau yang telah banyak membantu dan menyokong persatuan ini bergerak aktif di peringkat Finas mahupun Kementerian. Majlis tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Pada majlis yang sama turut meraikan Pertukaran Ybrs Puan Khalidah Mohd Darus, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas ke Organisasi Baharu, serta Persaraan Puan Hajah Leelawathy Abd Manap, Ketua Kerani Kewangan dan Puan Hajah Latifah Haji Abdul Rahim, Penolong Pegawai Makmal. Majlis serba ringkas petang Itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Ybhg Datin Abidah Haji Sani, Pengerusi Puspanita Cawangan KKMM dan Exco-Exco Tertinggi Puspanita Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, KKMM.
As a reminder of the contributions, contributions and sacrifices of Puspanita Finas members, especially Puspanita Finas's former chairman, Ybhg Datin Nor Aswa Omar, Puspanita Finas committee organized the Puspanita Finas 2016 Celebration of the Finale Puspanita theme "Glamor Bollywood" to express her appreciation for her efforts which has been a lot of help and support. This association is actively involved in Finas or Ministry. The event was held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. At the same event, celebrated the Ybrs Exchange Mrs Khalidah Mohd Darus, Deputy Director General of Finas Management to the New Organization, and Retired Mrs Hajah Leelawathy Abd Manap, Chief Financial Officer and Mrs Hajah Latifah Haji Abdul Rahim, Assistant Laboratory Officer. The evening event was also highlighted by the presence of Ybhg Datin Abidah Haji Sani, Chairman of Puspanita KKMM Branch and Malaysia's Ministry of Communications and Multimedia's Senior Exco-Exco Ministry of Education, KKMM.