Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia), bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani Surat Memegang Jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. Ketibaan Baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas. Baginda diiringi melalui Pasukan Kawalan Kehormat Setempat Oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua Pegawai dan 26 Anggota lain-lain Pangkat, Yang Diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor. Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk Sambutan Rasmi Penuh Istiadat. Memulakan Istiadat Di Istana Negara, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudiannya Melafazkan Sumpah Jawatan sebelum Menandatanganinya. Surat Sumpah Jawatan itu kemudiannya Ditandatangani Oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai Saksi. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya Melafazkan Sumpah Jawatan sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya. Surat Sumpah Jawatan Baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Saksi. Acara di Balairung Seri kemudiannya diteruskan dengan Istiadat Menandatangani Perisytiharan Memegang Jawatan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalannya. Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian membaca Perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah Mengangkat Sumpah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 manakala Sultan Nazrin pula Mengangkat Sumpah sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Semua sembilan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil Baginda serta tiga Yang Dipertua Negeri Hadir pada upacara berkenaan.
His Royal Highness, Sultan of Kelantan Sultan Muhammad V arrived at the Bunga Raya Complex, Kuala Lumpur International Airport (Klia), for Istiadat Melafaz Sumpah and signed the Letter of Appointment as the 15th Yang di-Pertuan Agong. His arrival was welcomed by Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah and Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak as the Chairman of the Special Committee. He was accompanied by a Local Honorable Control Team by the Malaysian Armed Forces Unit 1 of the Royal Renjer Regiment, comprising two Officers and 26 Other Members of the Rankings, Led by Capt. Mohd Hafiz Mohamad Noor. He then left for Parliament Square for a Full Official Celebration. Starting Ceremony at the National Palace, Keeper of the Royal Seal of Datuk Syed Danial Syed Ahmad is present to Serve Letter of Oath to Sultan Muhammad V who later pronounced Oath of Post before Signing It. The Oath Letter was then signed by Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin and Perlis King Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, as Witness. The Keeper of the Great Seal of the Rulers then presented the Letter of Oath to Sultan Nazrin who later made the Sumpah of the post as Deputy Yang di-Pertuan Agong before signing it. His Oath Letter was signed by Sultan Mizan and Tuanku Syed Sirajuddin as Witness. The event at Balairung Seri was subsequently continued with the Ceremony of the Declaration of Holding a Post by the Yang di-Pertuan Agong and its Deputy. Datuk Seri Najib Tun Razak then read the Declaration that Sultan Muhammad V had sworn in as the 15th Yang di-Pertuan Agong while Sultan Nazrin was sworn in as Deputy Yang di-Pertuan Agong and ended with prayer readings by Federal Territories Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. All nine Malay Rulers or His Majesty's representatives and three State Presidents present at the ceremony.