Kad Sejarah View

Id no 712
date 19/02/2018
Production Number AK5800
title SPB YDP AGONG – MAJLIS SANTAPAN AMAL ANJURAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB) 2016
length 0:57:36
metadata

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Amal Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) 2016 di Hotel One World, Bandar Utama. Majlis yang bertemakan 'An Evening With The Royal Patron 2016', diadakan bagi meraikan ulang tahun keputeraan Tuanku Abdul Halim yang juga penaung YSB selain menyambut ulang tahun ke-20 yayasan itu. Majlis itu diserikan dengan acara memotong kek sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Abdul Halim, yang turut menerima cendera kenangan berupa set sarapan rekaan khas daripada Anakanda Seri Paduka, Tunku Puteri Intan Safinaz. Turut berangkat hadir ke majlis itu ialah Pengerusi YSB Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Puan Temenggong Kedah Puan Seri Tengku Maliha Tengku Ariff dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah. Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

His Majesty the King Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah and His Majesty the Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah are pleased to leave for the Sultanah Bahiyah Yayasan Yayasan Yayasan Foundation (YSB) 2016 at Hotel One World, Bandar Utama. The theme of 'An Evening With The Royal Patron 2016' is held to celebrate the birthday of Tuanku Abdul Halim who is also the patron of YSB besides celebrating the 20th anniversary of the foundation. The ceremony was accompanied by a cake cutting ceremony in conjunction with Tuanku Abdul Halim's birthday, which also received a memorable gift of a special breakfast set from Anakanda Seri Paduka, Tunku Puteri Intan Safinaz. Also present at the event was YSB Chairman Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz and Member of the Regent of the Sultan of Kedah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah and Chairman of the Regent of the Sultan of Kedah, Tunku Puan Temenggong Kedah Puan Seri Tengku Maliha Tengku Ariff and Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor and Kedah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah and Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid.

data entry
tarikh data entry