Satu persembahan kebudayaan lagu-lagu dari negara-negara Asean buat pertama kali telah diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pesta lagu ASEAN itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia dengan persembahan 2 buah lagu dari setiap negara anggota.
Melalui acara-acara kebudayaan dan kesenian seperti Pesta Lagu, ia boleh dijadikan alat untuk merapatkan lagi hubungan muhibah di kalangan negara-negara anggota. Pesta lagu ASEAN tidak bercorak pertandingan, tetapi lebih ke arah mendekat dan memperkenalkan budaya rantau ini kepada masyarakat ASEAN menerusi lagu dan muzik.
A cultural show of songs from Asean countries for the first time was held at the Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. The ASEAN song festival is broadcast live by Radio Televisyen Malaysia with 2 songs from each member country.
Through cultural and artistic events such as the Pesta Lagu, it can be used as a tool to further strengthen goodwill among member countries. The ASEAN song festival does not fit into competition, but is more towards approaching and introducing the region's culture to the ASEAN community through songs and music.