Puspanita Kebangsaan menganjurkan Majlis Santapan Teh Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya. Majlis diadakan sebagai Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri sempena tamatnya tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV. Pada majlis berkenaan Puspanita berbesar hati memberi sumbangan kebajikan sebanyak RM 30 000 kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) yang disampaikan oleh YBHG. Puan Sri Datuk Rohani Abdulah, Yang Dipertua Puspanita kepada YBHB. Dato’ Rosli Awang, Ahli Lembaga Pengarah YAYSH. turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Setiausaha Negara, YBHG. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBHG. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha dan Setiusaha Kerajaan Negeri.
The National Puspanita organized the Dinner Ceremony of His Majesty the Queen of the Agong, Tuanku Hajah Haminah at Dewan Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya. The ceremony was held as Honorable to His Majesty the Raja Permaisuri in conjunction with the conclusion of the reign of His Highness His Majesty the Agong XIV. At the event, Puspanita is pleased to contribute a donation of RM 30 000 to YBHH's Yayasan Sultanah Haminah Foundation (YAYSH) presented by YBHG. Puan Sri Datuk Rohani Abdulah, President of Puspanita to YBHB. Dato 'Rosli Awang, Board Member of YAYSH. Also present at the ceremony were Chief Secretary to the Government, YBHG. Tan Sri Ali Hamsa, Public Service Director-General, YBHG. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Secretary-General and State Secretary.