Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438h/2016m di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang. bertemakan 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'sebanyak 105 kontinjen dengan kira-kira 10,000 peserta menyertai perarakan bersempena sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan 1438h. Pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan anugerah khas Maal Hijrah dan diwakili oleh anak sulung beliau, Dr Huda Haron untuk menerima anugerah tersebut. Manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh SPB YDP AGONG. Terdahulu pada majlis sama, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan penyerahan sebuah bas yang dijadikan surau bergerak sumbangan Bank Rakyat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
His Majesty the King, His Majesty the King of Badlishah and His Majesty the King of Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah left for Maal Hijrah Celebration 1438h / 2016m at Hall A, Malaysia Agricultural Expo Park (MAEPS), Serdang. themed 'Ukhuwah Islamiah Basis of the Ummah Consolidation' of 105 contingents with about 10,000 participants participating in the march in conjunction with the 1438h national-level hijrah celebration. At the function, the General Mursyidul PAS, the late Datuk Dr Haron Din was awarded the Maal Hijrah special award and represented by his eldest son, Dr Huda Haron to receive the award. Meanwhile, former Chief Justice Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim was elected as National Maal Hijrah. Award presentation is completed by SPDP YDP AGONG. Earlier at the same event, the Prime Minister and Deputy Prime Minister witnessed the handing over of a bus that was used as a surau to move Bank Rakyat's contributions to the Federal Territory Islamic Religious Department.