Bajet 2017 yang dibentang YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan sosio-ekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan. Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar. Ia juga disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mencapai aspirasi negara maju di samping memastikan seluruh lapisan masyarakat tidak ketinggalan. Justeru, kita dapat melihat sebanyak 173 program dan inisiatif yang dirangka untuk memastikan keseimbangan dalam mencapai aspirasi ekonomi dan sosial masyarakat. Bajet ini pada dasarnya menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi malaysia berada pada kadar lebih kukuh tahun hadapan dengan unjuran ekonomi domestik akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus. Dengan peruntukan sebanyak rm262.8 bilion untuk bajet 2017, kerajaan menjangkakan defisit fiskal 3.0 peratus untuk 2017. Perkembangan ini adalah positif sejajar hasrat kerajaan menuju bajet seimbang menjelang 2020.
The 2017 Budget, presented by YAB Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, has brought a holistic approach encompassing various programs, incentives and approaches that emphasize the socio-economic and equitable consolidation of the people. This budget is also seen as a strategic and pragmatic approach by the government in driving the country's direction in the current challenging economic climate. It is also regarded as a balanced approach in achieving the aspirations of a developed nation while ensuring all levels of society are not left behind. Hence, we can see as many as 173 programs and initiatives are designed to ensure balance in achieving the economic and social aspirations of society. The budget basically expects Malaysia's economic growth rate to be at a stronger pace next year with domestic economic forecasts expanding at four to five percent. With an allocation of rm262.8 billion for the 2017 budget, the government expects a fiscal deficit of 3.0 per cent for 2017. This development is positive in line with the government's desire for a balanced budget by 2020.