| Id_no | 654 |
| date | 18/07/2017 |
| Production Number | AK/5754 |
| title | PARLIMEN MALAYSIA/YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA - PEMBENTANGAN BAJET 2017. |
| length | 2:01:08 |
| metadata | Bajet 2017 yang dibentang YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan sosio-ekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan. Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar. Ia juga disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mencapai aspirasi negara maju di samping memastikan seluruh lapisan masyarakat tidak ketinggalan. Justeru, kita dapat melihat sebanyak 173 program dan inisiatif yang dirangka untuk memastikan keseimbangan dalam mencapai aspirasi ekonomi dan sosial masyarakat. Bajet ini pada dasarnya menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar lebih kukuh tahun hadapan dengan unjuran ekonomi domestik akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus. Dengan peruntukan sebanyak RM262.8 bilion untuk bajet 2017, kerajaan menjangkakan defisit fiskal 3.0 peratus untuk 2017. Perkembangan ini adalah positif sejajar hasrat kerajaan menuju bajet seimbang menjelang 2020.
|
| file link | |
| data_entry | |
| tarikh_data_entry |