Id_no2894
date10/10/2024
Production NumberP/284
titlePengganas “Lone Wolf”
length00:00:30
metadata

Lone Wolf' merujuk kepada individu yang bertindak sebagai pengganas secara bersendirian tanpa sebarang sokongan langsung daripada kumpulan atau organisasi pengganas. Individu seperti ini sering kali bergerak secara rahsia, menggunakan taktik yang sukar diramalkan dan berpotensi melancarkan serangan terhadap sasaran awam. Sekiranya ancaman mereka tidak dikawal atau dibendung dengan berkesan, mereka boleh mendatangkan risiko yang serius kerana sukar dikesan dan dijejaki oleh pihak berkuasa, memandangkan mereka beroperasi di luar rangkaian pengganas yang biasa dipantau.

file link
data_entryadzi
tarikh_data_entry11/12/2024