Orang ramai dijemput hadir meriahkan Program MADANI Rakyat Zon Utara pada 3 hingga 5 Mei 2024, bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pelbagai perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri disediakan seperti pameran kementerian dan agensi, Karnival Kerjaya, Jualan MADANI dan banyak lagi.