Kad Sejarah View

Id no 2815
date 03/08/1984
Production Number D/941-832
title
length
metadata

Pada 3 Ogos 1984, merupakan hari perasmian Perayaan Minggu Peladang dan Nelayan Kebangsaan. Perasmian yang diadakan di Bukit EKSPO, Universiti Pertanian Malaysia itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia; Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dalam ucapannya, beliau berharap agar setiap petani di negara ini saling membantu dalam menjayakan strategi baru kerajaan di bawah Dasar Pertanian Negara, bagi mencantumkan ladang-ladang kecil supaya menjadi "estet". Beliau juga meminta para petani supaya menjadikan Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan kali ini sebagai detik penting untuk membangkitkan kesedaran agar dapat menerima strategi baru kerajaan ke arah mengubah cara hidup dan menyemai sikap positif para petani. Dengan adanya Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan ini membuktikan kerajaan sentiasa menghargai jasa dan sumbangan para petani yang telah berusaha untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara.

data entry Cahaya Husna
tarikh data entry 08/22/2024