Kad Sejarah View

Id no 2814
date 13/05/1983
Production Number D/941-730
title
length
metadata

Pada 13 Mei 1983, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah telah berkenan berangkat melawat Kompleks Jemaah Haji di Kelana Jaya bagi menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid kompleks tersebut. Sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat, baginda telah dibawa menyaksikan pelbagai kelengkapan pengurusan Jemaah haji yang terdapat di kompleks tersebut oleh pengarah besar Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH); Haji Hanafiah bin Haji Ahmad. Turut kelihatan dalam sesi lawatan tersebut, Timbalan Pengarah Besar Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH); Haji Ahmad Haji Yeop Abdul Hamid.

data entry Cahaya Husna
tarikh data entry 08/22/2024