Id_no2812
date
Production NumberD/941-415
title
length
metadata

Pestabola Merdeka atau Merdeka Tournament merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Pestabola Merdeka ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak Asia tertua yang menjemput pasukan bola sepak dari negara – negara Asia bermain untuk bersaing. Pada 15 Oktober 1980 hingga 2 November 1980, merupakan kejohanan Pestabola Merdeka yang berprestij di kalangan negara – negara Asia. Ini kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka dalam perlawanan edisi kali yang ke-24. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini disertai oleh 8 buah pasukan negara Asia antaranya adalah Malaysia, Maghribi, Korea Selatan, Thailand, New Zealand, Burma, Indonesia, dan Kuwait. Sebanyak 29 jumlah perlawanan dan 73 jaringan gol yang dipertandingkan dalam 19 hari berlangsungnya Pestabola Merdeka 1980.  Pestabola Merdeka 1980 ditutupi dengan perlawanan antara negara Malaysia dan negara Magribi.   Juara bagi kejohanan Pestabola Merdeka 1980 dijuarai oleh negara Maghribi. Manakala, Naib Juara Pesta Bola Merdeka 1980 adalah negara Malaysia, tempat ketiga dan tempat keempat adalah Korea Selatan dan Thailand.

file link
data_entryCahaya Husna
tarikh_data_entry08/22/2024