Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra ibni Al-Mahrum Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-raja yang ke-110 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Majlis diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 22 Februari 1978 dan berakhir pada 23 Februari 1978. Majlis Mesyuarat Raja-raja telah di pengerusi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Al-Mahrum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj. Majlis yang diadakan pada setiap tahun sebagai tempat bagi Raja - raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua negeri bertemu dan berbincang. Dianggotai oleh sembilan Raja Melayu dan empat Yang di Pertua negeri.