| Memaparkan kisah dan kejayaan bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan Datuk Wira Soh Chin Ann. Antara kejayaan beliau pernah mempunyai penampilan terbanyak untuk skuad Malaysia yang diiktiraf FIFA sebanyak 195 penampilan dari tahun 1969 hingga 1984. Walaupun rekod pemilik 'caps' bola sepak antarabangsa beliau dipintas pada tahun 2022, beliau tetap memegang penampilan terbanyak untuk skuad Malaysia. |