Tentera Darat Malaysia telah ditubuhkan bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu yang tampil dari pelusuk tanah air berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu dan diarahkan melapor diri ke Haig Lines (IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.
Uniknya sambutan pada tahun ini lebih bermakna kerana ianya simbolik nombor 90, merupakan nombor Tentera juga disebut nombor badan seorang pejuang tanah air yang tersohor iaitu Leftenan Adnan Saidi.
Selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-90!
“Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”