Agropelancongan yang diilhamkan oleh Persatuan Peladang Kawasan Merbok telah menarik pelancong dari seluruh pelusuk negeri. Inisiatif agropelancongan sebegini bukan sahaja menjana pendapatan penduduk setempat malah merancakkan aktiviti sektor pelancongan khususnya di kawasan pedalaman.