| FINAS mempersembahkan slot Fragmen bertajuk 'Jentayu' yang memaparkan aspirasi dan kejayaan para wanita yang berkecimpung dalam pelbagai cabang seni kreatif di mana mereka juga menjadi nadi kepada pembangunan industri dan masyarakat. Untuk episod kali ini, bersama Nur Syafiqah Hamzah seorang pesilat negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat emas dalam kategori tunggal puteri di Kejuaraan Pencak Silat Asia Tenggara 2022.Ikuti perkongsian Syafiqah tentang kepentingan seni bela diri ini terutamanya dikalangan wanita. |