| FINAS mempersembahkan slot 'Lensa Negaraku' bertajuk 'Citra Anak Malaysia : Cheong Jun Hoong” yang mendokumentasikan tentang kejayaan anak Malaysia di persada dunia. Cheong Jun Hoong merupakan atlet terjun negara yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik Rio 2016 dan Kejohanan Dunia FINA Budapest 20017 dengan menghadiahkan kilauan pingat kepada negara menerusi acara 10 meter platform seirama dan 10 meter platform individu. |