| FINAS mempersembahkan segmen ‘Ada Angin, Ada Pokoknya’ di slot ‘Lensa Negaraku’. ‘Ada Angin, Ada Pokoknya’ akan membawa penonton dalam pengembaraan menaiki motosikal bagi mencari asal usul nama sesuatu tempat. Bagi episod kedua, Rashid Shikh Abdullah selaku pengacara akan mengembara ke Pantai Dalam bagi mencari asal usul nama Pantai Dalam. Selain itu, beliau juga akan membawa penonton ke tempat-tempat menarik di sekitar Pantai Dalam. |