| FINAS mempersembahkan segmen ‘Ada Angin, Ada Pokoknya’ di slot ‘Lensa Negaraku’. ‘Ada Angin, Ada Pokoknya’ akan membawa penonton dalam pengembaraan menaiki motosikal bagi mencari asal usul nama sesuatu tempat. Bagi episod pertama, Rashid Shikh Abdullah selaku pengacara akan mengembara ke Klang bagi mencari asal usul nama Klang. Selain itu, beliau juga akan membawa penonton ke tempat-tempat menarik di sekitar Klang. |