| Penerbitan khas ini mendokumentasikan operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada 16 Disember 2022 lalu. Dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus, Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama 5 lagi agensi, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) komited melaksanakan operasi dalam cuaca hujan serta persekitaran yang mencabar. |