| FINAS mempersembahkan slot 'Fragmen: Jom Cuti Malaysia' di episod kedua iaitu 'Mah Meri’ dimana episod ini akan membawa penonton menyaksikan keunikan budaya dan kehalusan seni ukiran serta tarian masyarakat Orang Asli suku kaum Mah Meri di Kampung Orang Asli Sg. Bumbun Pulau Carey, Selangor. Bella Rahman selaku pengacara,akan berkongsi info menarik serta membawa penonton menikmati keunikan budaya masyarakat Orang Asli suku Kaum Mah Meri ini. |