Mendokumentasikan serta meneroka citra dan warna warni kehidupan masyarakat Malaysia di mana episod seterusnya dalam eksplorasi lubuk membawakan “ Penghuni Unjam" dalam menjejak spesies ikan yang menghuni kawasan ini dan memperkenalkan teknologi serta kaedah baru seperti, pembinaan tukun tiruan serta unjam-unjam yang berpotensi dalam meningkatkan pendapatan nelayan dan juga aktiviti sukan rekreasi seperti memancing yang semakin mendapat tempat oleh peminat tegar aktiviti sukan ini di Malaysia.
Bagi Syazwan Suwandi, antara anak muda yang menetap di Kuala Kedah ini tidak melepaskan peluang menjadikan aktiviti sukan memancing ini sebagai hobi serta punca pendapatan sampingan. |