| metadata | Mengisahkan kehidupan anggota APM yang komited dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan untuk menguruskan pengebumian jenazah pesakit covid-19. Begitulah rutin harian Suhaidi Sujak anggota sukarelawan APM negeri Kedah bersama kumpulan pengurusan jenazah yang lain dalam melaksanakan tugasan fardu kifayah yang sangat berisiko tinggi ibarat berkorban nyawa demi menjaga keselamatan rakyat malaysia.
Tempoh urusan pengebumian yang mengambil masa sekitar 30 minit hingga satu jam itu cukup menguji keupayaan mental, emosi dan fizikal.Dengan menggunakan pakaian perlindungan peribadi (ppe), bahang panas dan tidak selesa itu tidak lagi dirasai kerana setiap hari berdepan dengan tugas sama sehingga larut malam. |
|