| metadata | | Air Terjun Sungai Pisang sangat popular di daerah Gombak. Pengunjung sangat gemar meluangkan masa hujung minggu dengan pelbagai aktiviti yang menarik di kawasan air terjun ini. Memancing, mandi manda, jungle trekking dan berBBQ antara aktiviti yang sering dilakukan di sini. Air sungainya yang dingin, trek meredah hutan yang sederhana lasak serta ruang bersantai yang cukup mendamaikan adalah daya tarikan utama mengapa pengunjung lebih memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hujung minggu mereka di sini. |
|