| Setiap tahun Negeri Sarawak akan menyambut Sambutan Hari Merdeka bagi peringkat Negeri Sarawak, dan kali ini ianya telah diadakan di Bahagian Sarikei. Sambutan kali ini dianjurkan dengan penuh gilang gemilang dengan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat di bahagian Sarikei. Tutrut menyerikanb sambutan tersebut dengan kehadiran Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan turut dihadiri Menteri-Menteri Kabinet Sarawak. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik juga telah diadakan bagi menyemarakan sambutan Hari Merdeka tersebut. |