Kad Sejarah View

Id no 2115
date 28/08/2019
Production Number AK/2019-(47)
title SAMBUTAN HARI MERDEKA
length 01:43:00
metadata

Kira-kira 10,000 masyarakat pelbagai latar belakang termasuk pelancong luar negara membanjiri dataran bandaraya Jalan Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu di sini seawal 6 pagi bagi menyaksikan acara  warna warni sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.Sebanyak 172 kontinjen dengan seramai 8,500 peserta mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan itu yang diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan Kabinet negeri.Yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, Datuk Peter Anthony.
Menariknya perarakan tahun ini buat kali pertama disertai pasukan bola sepak Sabah atau dikenali sebagai Tambadau yang menjuarai Liga Perdana Malaysia musim ini dan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri 2019.

data entry adzi
tarikh data entry 03/06/2020