Masih ramai masyarakat Penan yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran di samping mereka yang sudah ada sijil namun status kewarganegaraan masih belum disahkan oleh kerajaan negara ini.
Keadaan status yang ‘tergantung’ dan belum disahkan ini turut menyukarkan mereka memohon kad pengenalan dan tidak kurang juga permohonan yang ditolak hingga menimbulkan tanda tanya, apakah alasan munasabah sehingga permohonan kad pengenalan adalah amat sukar bagi golongan itu.Kali ini PENA menjalin kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mempergiatkan lagi usaha tersebut dengan mengadakan lawatan ke Ba’ Mugoh di pedalaman Limbang, iaitu sebuah penempatan kaum Penan yang baharu dan meliputi tujuh kampung.Kerjasama itu juga akan disertai oleh Unit Khas Bergerak Miri (UKBM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bahagian Miri, yang terdiri daripada lima pegawai dan kakitangan mereka bagi membantu melancarkan proses permohonan tersebut kelak.
Sementara itu, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata lawatan kerja selama lima hari itu bermula dari 5 hingga 9 Ogos, akan menemui kaum Penan di Ba’ Magoh dan Bario. |