Kad Sejarah View

Id no 2113
date 06/08/2019
Production Number AK/2019-(44)
title PELANCARAN KEMPEN JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK
length 00:34:23
metadata
Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 peringkat negeri sempena Bulan Kebangsaan di perkarangan Pejabat Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak di sini diserikan lagi dengan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) ke seluruh Sarawak secara berperingkat bermula hari ini sehingga 19 Sept. Majlis pelancaran di JaPen Sarawak disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang turut mengetuai konvoi manakala pelepasan konvoi di Wisma Bapa disempurnakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Konvoi dengan jarak kira-kira 30 kilometer itu bermula dari JaPen Sarawak menuju ke Wisma Bapa Malaysia sebelum meneruskan perjalanan melalui Jalan Astana, Jalan Kulas, Jalan Hj Taha, kawasan Tebingan Kuching, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Pending, Jalan Kwong Lee Bank dan seterusnya kembali semula ke JaPen Sarawak.
data entry adzi
tarikh data entry 03/06/2020