Kunjungan hormat YB Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak di Wisma Sumber Alam Petra Jaya, hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan bersempena pemilihan Negeri Sarawak sebagai Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia 2019 yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching pada 16 September nanti. Turut hadir YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.