YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri KKMM mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri, berkata, Kerajaan Negeri mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan ini dibuktikan baru-baru ini dengan penubuhan jawatankuasa bertindak bersama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, yang mana beliau adalah pengerusi bersama.
Antara bidang kerjasama itu, katanya, ialah liputan media mengenai penyakit rabies di Sarawak dan operasi bersepadu khas seluruh negeri melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk mengawal penyakit yang membawa maut.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Shakib Ahmad Shakir. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian, dan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu di Sarawak.