YAB PERDANA MENTERI DATUK HUSSEIN ONN MERASMIKAN PERWAKILAN UMNO KE-21 BAHAGIAN JOHOR BAHARU.
Gambar menunjukkan Datuk Hussein Onn sedang berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Johor Bahru, di Dewan Kelab Golf Johor Bahru, pada 15 Mei 1981. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan dan meminta supaya beliau tidak dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Jun atas sebab-sebab kesihatan. DatQ' Hussein Onn telah menjadi Wakil Rakyat Kawasan Parlimen Johor Bahru Timur sejak dari tahun 1969.