Kad Sejarah View

Page 
 of 3
Id no 1556
date 25/04/2018
Production Number AK/2018-(23)
title PILIHANRAYA UMUM KE 14 KOTA SAMPORNA, SABAH
length 00:19:00
metadata

 Kerusi Parlimen P. 189 Semporna menyaksikan pertembungan empat penjuru untuk merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dari parti Warisan akan berdepan dengan Datuk Ramlee Marahaban daripada calon parti Barisan Nasional, Abdul Nasir Ab. Raupdari parti PAS dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Asmara Asmad.Pengumuman pengesahan calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulahdi Dewan Masyarakat Semporna.

 

Kehadiran YAB Perdana Menteri Datuk Sri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak di sambut meriah oleh rakyat Tawau. Kehadiran beliau pada 30 April 2018 adalah sempena majlis pemimpin bersama rakyat selain bertujuan untuk berkempen sempana PRU Ke-14 kali ini. kehadiran beliau juga adalah untuk memastikan Kota Marudu kerusinya dimenangi oleh para calon Barisan Nasional.

 

5 Mei 2018 merupakan tarikh berlansungnya hari undi awal, dewan serbaguna Ibu Pejabat Polis Dareah Semporna merupakan tempat proses undi awal bagi para pegawai polis yang bertugas di IPD daerah Semporna. Majlis Mesra Rakyat bersama Datuk Seri Mohd Shafie Bin Apadal yang diadakan sekitar kawasan Tawau yang dianjurkan oleh parti Warisan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Tawau yang turut di hadiri oleh calon parlimen Tawau iaitu Christina Liew Chin Jin serta ahli Warisan dan DAP yang lain. Majlis ini juga bertujuan sebagai kempen untuk memenangi hati rakyat tawau sempena PRU-14 yang bakal tiba.

Pada 9 Mei 2018 tarikh hari mengundi untuk penduduk di P.189 Semporna, seramai 48,248pengundi telah hadir melaksanakan hari mengundi kali ini. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen P.189 dengan 26,809 undi dan telah menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional iaitu Datuk Ramlee Marahaban dengan 6,135 undi. Datuk Shafie Apdal telah memperolehi majoriti undi sebanyak 20, 674. 

data entry adzi
tarikh data entry 10/01/2018
Page 
 of 3