Kad Sejarah View

Id no 1555
date 25/04/2018
Production Number AK2018-(23)
title PILIHANRAYA UMUM KE 14 KOTA BELUD, SABAH
length 00:45:00
metadata

Kerusi Parlimen P. 169 Kota Belud menyaksikan pertembungan empat penjuru untuk merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Calon Barisan Nasional (BN) itu akan berdepan dengan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Isnarasiah Munirah Majilis, calon Pas, Ag.Laiman Ikin dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Aimaduddin Mion.Pengumuman pengesahan calon tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Gari Itam di Dewan Masyarakat Tun Said di sini, hari ini.Manakala Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud yang juga penyandang kerusi DUN N.6 Tempasuk, Datuk Musbah Jamli pula akan menghadapi pertandingan empat penjuru dengan berdepan calon dari PKR, Mustapha Sakmud, Mustaqim Aling (Pas) , dan calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Suwah Buleh.Bagi kawasan DUN Usukan, calon BN Japlin Akim berdepan pertembungan empat penjuru dengan Abdul Bakrin Mohd Yusof (Warisan) , Adzmin Awang (Pas) dan Amsor Tuah (Bebas).Calon muka baharu BN, Ewon Benedick dari parti komponen UPKO pula berdepan dengan persaingan lima penjuru yang mana beliau akan berdepan calon STAR, Rubbin Guribah, Lukia Indan (PKR), Satail Majungkat (Pas) dan calon Parti Cinta Sabah (PBS) Mail Balinu.

 

Sebelum hari penamaan calon, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Datuk Sri Musa Aman telah melancarkan manifesto di stadium likas untuk memastikan Barisan Nasional memenagi PRU Ke-14 kali ini. Beberapa manifesto telah dilancarkan antaranya ialah memastikan lebih banyak rumah dibina untuk kesenangan rakyat sabah. Selain itu Ketua Menteri Sabah memastikan industri kreatif di negeri Sabah ditambah baik dimasa akan datang. Apa yang pasti manifesto kali ini banyak menekankan kepada keperluan rakyat negeri Sabah.

 

Bebeza pula di Kota Marudu Sabah, kehadiran YAB Perdana Menteri Datuk Sri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak di sambut meriah oleh rakyat Kota Marudu. Kehadiran beliau pada 7 Mei 2018 adalah sempena majlis pemimpin bersama rakyat selain bertujuan untuk berkempen sempana PRU Ke-14 kali ini. Selain meluluskan beberapa projek yang ada di Kota Marudu, kehadiran beliau adalah untuk memastikan Kota Marudu kerusinya dimenangi oleh calon Barisan Nasional.

Pada 9 Mei 2018 tarikh hari mengundi untuk penduduk di P.169 Kota Belud, seramai 57,919 pengundi telah hadir melaksanakan hari mengundi kali ini. Saingan sangat singit diantara calon Barisan Nasional dan Parti Warisan dimana penduduk di Kota Belud telah memilih calon dari Parti Warisan Iaitu Isnarasiah Munirah Majilis dengan menang secara majority sebanyak 23,429 undi manakala calon dari Barisan Nasional Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mendapat undian sebanyak 19,167 undi. Manakala calon lain pula Ag.Laiman Ikinyang mewakili parti PAS mendapat undian sebanyak 1,410 sementara calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Aimaduddin Mion mendapat undian sebanyak 2,092 undi. Tamparan hebat bagi calon Barisan Nasional kerana kalah dalam PRK-14 kali ini dan Parti Warisan telah menawan P.169 Kota Belud untuk membawa perubahan kepada penduduk di sana. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak terpaksa akur dengan kekalahan yang dialaminya dan berharap Kota Belud dapat dipimpin dengan baik dan maju dimasa akan datang.

 

data entry adzi
tarikh data entry 10/01/2018