Kad Sejarah View

Id no 1459
date 02/08/2018
Production Number G/1030
title PERTANDINGAN MEMBACA AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA 1961
length 00:08:21
metadata

Pertandingan Membaca al-Qur’an Peringkat Antarabangsa kali Pertama diadakan pada 22 Ramadhan 1380 bersamaan 9 Mac 1961. Hasrat dan cita-cita untuk mengadakan majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa ini telah diluahkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman al-Haj semasa penutup Pertandingan Membaca al-Qur’an Peringkat Kebangsaan kali Pertama. Pertandingan membaca al-Qur’an peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia (Malaya pada ketika itu) ialah majlis tilawah yang julung-julung kalinya dianjurkan di dunia. Belum ada Negara yang menganjurkan majlis seumpama ini sebelumnya. Dalam majlis kali pertama ini, sebanyak tujuh buah Negara dengan 13 orang pesrta telah mengambil bahagian.

data entry azmighani
tarikh data entry 08/02/2018