Satu kejohanan Bola Tampar Lelaki Sedunia telah diadakan di Johor Bahru pada 8-16 July 1995 dan majlis teLah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman. Antara negara yang menyertai kejohanan tersebut adalah Algeria, Brazil, Finland, Greece, India, Italy, Korea Selatan, Belanda, Poland, Puerto Rico, Russia, Spain, Venezuela, dan Malaysia. Kejohanan selama seminggu itu telah mendapat sambutan yang sangat membanggakan dari peminat setempat mahupun luar negara.