FINAS mempersembahkan slot "Lensa Negaraku" dengan video pendek bertajuk "Fateh Watches" memaparkan perkongsian pengasas Fateh Watches, Tuan Haji Zainal Mohd Ali tentang kejayaan dan keunikan jam tangan eksklusif hasil ciptaan beliau yang bertaraf antarabangsa. Tonton perkongsian ini, di slot "Lensa Negaraku" saluran YouTube FINAS Malaysia pada 26 Ogos 2024 (Isnin), pukul 9.00 malam.