| FINAS mempersembahkan slot Fragmen bertajuk 'Jentayu' yang memaparkan aspirasi dan kejayaan para wanita yang berkecimpung dalam pelbagai cabang seni kreatif di mana mereka juga menjadi nadi kepada pembangunan industri dan masyarakat. Untuk episod kali ini, ikuti perkongsian menarik Fazleena Hishamuddin seorang penulis, penyair, aktivis teater dan juga seorang penyanyi yang menggunakan seni tulisannya sebagai mod utama unduk mengekspresi dirinya dan juga memperjuangkan kekuatan wanita daripada stigma negatif. |