| 1. |
2813
|
23/10/1980
|
|
|
Pada 23 Oktober 1980 merupakan tarikh hari pelancaran perasmian Bursa Komoditi Kuala Lumpur. Pelancaran perasmian ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia; Datuk Hussein Onn. Sejak tahun 1970an lagi usaha dan kajian bagi penubuhan Bursa Komoditi ini telah bermula. Ini kerana berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama bagi bahan-bahan utama seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, dan bijih timah. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau menyatakan penubuhan bursa ini adalah penting dalam usaha – usaha pembangunan negara, sekaligus ia juga dapat membuktikan bahawa Kuala Lumpur telah meningkat ke taraf pusat kewangan antarabangsa yang moden dengan pelbagai kemudahan di rantau ini. Sebagai permulaan, Bursa Komoditi Kuala Lumpur akan mengutamakan pasaran kelapa sawit sebagai pasaran yang pertama. Kemudian diikuti dengan pelbagai bahan utama lain untuk dipasarkan. Satu Lembaga Pengurusan telah dibentuk untuk melaksanakan perjalanan Bursa Komoditi ini. Lembaga Pengurusan Bursa Komoditi Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Raja Muhammad Alias, manakala Timbalan Pengurusinya adalah Encik Mustapha Haji Mohamed, dan diikuti barisan ahli – ahli lembaga yang terdiri daripada Encik D.H.N. Allott, Encik Dennis Tan, Encik Edmund Chan, Syed Abdul Jabbar Shahabuddin, Encik Raghbir Singh Bhart, dan Encik Amin Zahari Nordin.
|
|
Cahaya Husna
|
08/22/2024
|
|