| 1. |
2810
|
|
|
|
Pada 2 Jun 1979, merupakan tarikh perasmian Bangunan Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional, Lembaga Letrik Negara. Perasmian bangunan yang terletak di Jalan Bangsar Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Hussein Onn. Bangunan ini beroperasi sebagai tempat pusat kawalan, bagi memastikan tenaga elektrik yang berterusan dan mencukupi dapat dibekalkan selain dapat menjana tenaga elektrik secara lebih ekonomikal. Perdana Menteri berucap dalam perasmiannya, beliau menyatakan bahawa keupayaan negara membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi ini, dapat menyakinkan pelabur dan pemodal untuk melibatkan diri dalam perusahaan dan perindustrian tempatan. Tambahnya lagi, kerajaan akan mempercepatkan rancangan membekalkan kuasa elektrik hingga ke kawasan luar bandar dan desa bagi memenuhi keperluan dan keselesaan rakyat. Dengan adanya pusat ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan program pembangunan bekalan kuasa elektrik diseluruh negara seiring dengan pertambahan dan perkembangan industri dan pembangunan luar bandar.
|
|
Cahaya Husna
|
08/22/2024
|
|